Artikel

Keputusan Kebenaran Rentas Negeri Bagi Sambutan Aidilfitri, Akan Cuba Dimaklumkan Lebih Awal

Persoalan berkenaan perjalanan rentas negeri – sudah pasti menjadi antara tumpuan rakyat negara, khususnya bagi sambutan Aidilfitri pada Mei kelak. Menyedari kenyataan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengusulkan rundingan awal bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Langkah ini bertujuan untuk memastikan persiapan orang awam sekiranya kebenaran perjalanan rentas negeri dibenarkan. Ini meliputi pihak yang menggunakan pengangkutan awam untuk pulang ke kampung halaman. Tidak hanya itu, kesesakan lalu lintas harus diambil kira.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri – segala penilaian risiko akan dilaksanakan, dan tindakan ini adalah dibawah tanggungjawab KKM.

Pada masa yang sama, minggu ini pihak berkuasa telah memberi amaran kepada orang awam untuk tidak melakukan perjalanan rentas negeri bagi meraikan hari pertama Ramadan. Sekiranya didapati sedemikian, tindakan saman akan dilakukan segera.

Maka, semua pihak dinasihati untuk terus mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan, kerjasama orang awam amat diperlukan bagi menurunkan angka penularan COVID-19