Semua pihak ketahui, pengedaran spektrum teknologi 5G negara kini hanya akan dilaksanakan melalui Syarikat Bertujuan Khas (SPV) di bawah pemilikan Kementerian Kewangan (MOF), secara berpusat. Terbaharu, difahamkan tender berhubung pembangunan tersebut akan dibuka Digital Nasional Bhd tidak lama lagi.
Pemilihan tender untuk pembangunan infrastruktur 5G yang bernilai sekitar RM15 bilion ini – akan menjadi tumpuan seluruh pihak. Dijangka perkhidmatan komersial ini akan didapati pada suku keempat 2021.
Sudah pasti, penerapan teknologi pendigitalan seperti peranti berhubung (IoT) dan kecerdasan buatan (AI) akan meningkatkan lagi persaingan antara syarikat pada penawaran perkhidmatan mereka kepada rakyat negara. Momentum ini suatu tindakan yang menarik pada pertumbuhan negara.
Selain itu – turut dijangka penawaran sekitar 105,000 peluang pekerjaan akan tersedia pada pembangunan infrastruktur rangkaian ini. Bagaimanapun, berdasarkan proses pemilihan tender hanya akan diketahui setelah pengumuman rasmi DNB.