Artikel

Sekitar 87,857 Individu Dicatatkan Telah Menganggur Lebih Dari Setahun – Laporan

Walaupun kadar pengangguran memaparkan penyusutan pada paras 4.8% iaitu lebih 777,500 individu berbanding sebelum ini – namun ia tidak menidakkan kenyataan bahawa masih ramai orang awam terpaksa menganggur selama lebih setahun.

Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DSOM), terdapat beberapa kategori telah digariskan pada segmen Tempoh Penganggur – iaitu lebih dari setahun (11.3%), 6 bulan – kurang dari 12 bulan (14.1%), 3 bulan kurang dari 6 bulan (24.0%) dan kurang dari 3 bulan (50.6%).

Keempat-empat kategori ini nyata menunjukkan perbezaan peratusan sumbangan kepada pengangguran.

Melalui data Februari 2021 itu – ini bermakna sekitar 87,857 (11.3%) individu terpaksa menjadi penganggur lebih dari setahun disebabkan krisis global ketika ini.

Sementara itu, kategori kurang dari 12 bulan pula menunjukkan seramai 109,627 individu pula terpaksa menganggur kurang dari 12 bulan.

Mungkin angka sebenar pada purata tempoh pengangguran tersebut lebih tinggi namun menyedari kesukaran yang ditanggung oleh rakyat negara ketika ini – ia dilihat sesuatu yang kurang baik untuk pertumbuhan negara.

Antara kumpulan umur yang memaparkan peningkatan pada bulan Februari ini adalah belia iaitu 15 tahun sehingga 24 tahun dengan kenaikan 0.4% kepada 13.9% iaitu 347,600 individu.

Manakala bagi kadar penganggur aktif pula mencatatkan 83.3% manakala penganggur tidak aktif pula adalah 16.7%.