Artikel

Sekitar 55,000 Guru Disasarkan Terima Suntikan Vaksin COVID-19 – Bagi Kelompok Fasa Kedua

Tidak lama lagi kelompok penerima suntikan vaksin COVID-19 bagi fasa kedua akan bermula – antara kumpulan yang akan disenaraikan adalah guru sekolah.

Berdasarkan perkongsian Timbalan Menteri Pendidikan, Muslimin Yahaya – sekitar 55,000 guru yang berumur dan berisiko tinggi akan terlibat menerima suntikan.

Perolehan ini akan memaparkan penerimaan kumpulan guru bersama Menteri Kanan Pendidikan, datuk Radzi Jidin. Menerusi kemasukan senarai ini ia dilihat suatu langkah yang baik untuk membantu menyekat peningkatan penularan COVID-19.

Meskipun senarai itu tidak menyeluruh tetapi guru yang tidak terlibat akan dimasukkan kepada kelompok fasa ketiga dan fasa keempat.

Penerimaan suntikan dalam kalangan guru sudah pasti menghadirkan persekitaran yang lebih terjamin khususnya kepada para pelajar yang perlu hadir ke sekolah untuk pembelajaran.