Meskipun kebenaran mengerjakan umrah kini tertakluk pada kapasiti tertentu namun tindakan segelintir pihak mengerjakannya tanpa permit adalah tidak wajar ketika Ramadan.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi kini akan mengenakan denda yang tinggi terhadap individu yang berbuat demikian, dengan kompaun RM11,015 (SR10,000).
Manakala bagi individu yang memasuki Makkah tanpa permit untuk menunaikan solat di Masjidil Haram pula akan di kompaun sebanyak RM1,100 (SR1,000).
Langkah ini susulan mengekang dan memastikan jaminan kesejahteraan para jemaah ketika pandemik COVID-19 dapat diterap dengan sebaik mungkin.
Untuk makluman peraturan ini akan terus dikekalkan sehingga era pandemik berakhir. Perolehan permit ini hanya akan dikeluarkan setelah para jemaah memperolehi suntikan vaksin COVID-19.
Berdasarkan laporan terdapat dua aplikasi yang boleh dirujuk berhubung perolehan permit umrah dan memnunaikan solat iaitu pada aplikasi Eatmana serta Tawakkalna – untuk sebarang tempahan slot tempat.