Perkhidmatan logistik berhubung kargo udara kini dilihat memiliki potensi untuk dipertingkatkan pada pasaran global. Menyedari permintaan itu, MASkargo dan DHL Express kini mulai membentuk perkongsian strategik dalam memperluaskan perkembangan itu.
Ini bermakna model perniagaan MASkargo tidak lagi berasaskan konsep lapangan terbang ke lapangan terbang – ia akan lebih dekat dengan para pelanggan.
Perkongsian ini akan memperlihatkan perkhidmatan baharu iaitu MH Door-to-Door (MH2D) – di mana para pelanggan boleh menempah slot penghantaran, menyebut harga dan membayar secara atas talian. Menerusi perkhidmatan itu – DHL akan berperanan dalam fasa akhir unti sesi penghantaran kepada penerima.
Setakat ini, penglibatan penghantaran barangan dari platform e-dagang telam menyumbang 10% kepada kapasiti muatan MASkargo – menerusi perluasan ciri baharu itu ia akan meningkatkan lagi permintaan penghantaran.
Untuk makluman orang awam, inisiatif perkhidmatan ini akan mulai tersedia pada 24 April ini – sebarang rujukan boleh layari pada pautan ini www.mhd2d.com – MH Door-to-Door.