Artikel

Sempena Ketibaan Ramadan – Boost Tawar Pembiayaan Kos Rendah Untuk PKS Mikro

Ketibaan bulan Ramadan sudah pasti menjadi tumpuan para peniaga perusahaan kecil sederhana (PKS) dan usahawan mikro. Menyedari kenyataan itu, Boost kini tampil dengan penawaran pembiayaan kos rendah iaitu Aspirasi Capital for Boost khusus untuk PKS Mikro.

Penawaran ini bertujuan memberi kemudahan kepada PKS Mikro untuk menjadikan ia sebagai modal kerja bagi menanggung kos jualan ketika Ramadan. Di mana sokongan ini akan membantu meringankan bebanan kos seperti sewaan tapak bazar, serta bahan masakan.

Untuk makluman, PKS Mikro layak memperolehi pembiayaan sekitar RM20,000 untuk tempoh 18 bulan. Tiada faedah dan tanpa bayaran ansuran untuk 6 bulan pertama. Pembayaran ansuran bermula bulan 7 dan seterusnya – peniaga akan menikmati kadar faedah serendah 0.5%.

Malah, menerusi pembiayaan ini juga ia membantu para peniaga untuk menerapkan penggunaan digitalisasi seperti kemudahan nirtunai (tanpa tunai) kepada pelanggan mereka.

Ini secara tidak langsung merancakkan lagi aktiviti perniagaan mereka secara atas talian – aplikasi mahupun media sosial.