Artikel

Celcom Digi Berhad Akan Dibentuk – Tampil Selaku Penyedia Telekomunikasi Terbesar Malaysia

Axiata dan Telenor kini mengakui perancangan pengabungan sedang dilakukan – di mana penyatuan Celcom dan Digi ini akan dikenali sebagai Celcom Digi Berhad.

Penyatuan ini akan berperanan selaku penyedia perkhidmatan telekomunikasi terkemuka di Malaysia dari segi nilai, pendapatan dan keuntungan, dengan pendapatan sekitar RM12.4 bilion, Margin Perolehan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai, dan Amortisasi (EBITDA) sekitar RM5.7 bilion, dan dianggarkan 19 juta pelanggan.

Berdasarkan kenyataan pada Bursa Malaysia – syarikat tersebut akan dikendalikan oleh Dato’ Izzaddin Idris selaku Pengerusi dan Jørgen C. Arentz Rostrup selaku Timbalan Pengerusi. Sementara itu, Idham Nawawi pula dilantik selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan timbalannya Albern Murty.

Setakat ini, proses penelitian sedang dilakukan bagi pembentukan syarikat telekomunikasi baharu itu – dijangka ia dapat dilaksanakan menjelang suku kedua 2021, tahun ini.

Untuk makluman sebelum ini Axiata dan Telenor, saling bersetuju untuk menamatkan penggabungan mega mereka dnegan menyatukan operasi kedua-dua syarikat gergasi telekomunikasi di Asia setelah kira-kira empat bulan rundingan pada tahun 2019.