Artikel

83% Rakyat Malaysia Lebih Gemar Membeli-Belah Secara Atas Talian Ketika Pandemik – Tinjauan Visa

Penularan pandemik COVID-19 sejak Mac 2020, telah mengubah landskap ekonomi Malaysia. Di mana era pandemik telah mempercepatkan masyarakat negara ke arah bebas tunai dengan mulai mengfokuskan kepada perniagaan tanpa sentuhan seperti permintaan perkhidmatan penghantaran semakin meningkat, penyelarasan pembayaran nirtunai (tanpa tunai) semakin meluas dan penyertaan pada pembelian atas talian semakin berkembang.

Berdasarkan tinjauan Visa Malaysia ini – lebih 88% rakyat negera memilih penggunaan perkhidmatan penghantaran untuk mengurangkan kadar sentuhan dan peningkatan 83% pula dapat diperlihat pada platform pembelian secara atas talian merangkumi aplikasi dan portal e-dagang.

Tidak hanya itu, berdasarkan tinjauan juga turut didapati:

  • 65% rakyat negara memilih membeli-belah menerusi pesanan telefon dan meminta penghantaran terus
  • 63% peningkatan pembayaran secara nirtunai telah dicatatkan
  • 48% membeli-belah di ruangan pasaran dalam talian
  • 44% meningatkan aktiviti perniagaan berasaskan rumah
  • 30% menyatakan pendirian untuk berbelanja pada perjalanan domestik
  • 1 daripada 5 pemegang kad aktif Visa sebelum ini tidak membuat sebarang pembelian atas talian kini telah mulai melakukannya

Rata-rata tindakan itu dilihat untuk mengehadkan pendedahan fizikal bagi melindungi kesejahteraan masyarakat.

Langkah ini suatu petanda yang baik untuk aliran ekonomi negara dalam mendepani krisis pemulihan COVID-19. Ia bukan sahaja memberi jaminan pengurangan penularan namun masih mengekalkan momentum perbelanjaan Malaysia.