Isu berhubung penggunaan AstraZeneca ternyata masih lagi menjadi persoalan bagi pengagihan dos suntikan vaksin COVID-19 dan diperkatakan memiliki perkaitan dengan pembekuan darah atau thrombosis. Menyedari keperluan perincian – Malaysia akan memutuskan penggunaannya setelah memperolehi hasil tinjauan Agensi Perubatan Eropah (EMA).
Kenyataan itu telah dimaklumkan oleh Menteri Penyelaras Khairy Jamaluddin ketika sidang maya Penjagaan Kesihatan Asean 2021 semalam, 7 April 2021.
Pemerhatian ini masih boleh dilakukan berikutan penerimaan bekalan AstraZeneca negara hanya akan diterima pada bulan hadapan.
Sementara itu, berhubung sasaran negara dalam pengagihan bekalan pula dijangka 80% rakyat Malaysia akan mencapai tahap imunisasi menjelang Disember 2021 ini.
Antara pihak yang akan dipertimbangkan pada fasa seterusnya adalah pengamal media – yang diperhatikan sentiasa terdedah dengan persekitaran sewaktu penyampaian maklumat.