Data sehingga 26 Mac lalu telah memperlihatkan sekitar 106.293 rakyat Malaysia yang berusia di bawah 40 tahun menerima peluang pekerjaan baharu di bawah Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan – PenjanaKerjaya.
Kenyataan ini telah dikongsikan Tengku Zafrul – Menteri Kewangan negara pada hari ini di sidang LAKSANA.
Angka itu meliputi jumlah keseluruhan data iaitu seramai 132,118 individu telah berjaya memiliki peluang pekerjaan tersebut. Ia merangkumi segmen pemohon berusia 40 hingga 60 tahun, perantis dan kumpulan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Berdasarkan laporan, antara sektor dan industri yang menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan adalah Pembuatan, Automotif, Peruncitan, Makanan dan Minuman, Pendidikan, Pembinaan, Penginapan dan bahagaian Maklumat dan Komunikasi.
Kewujudan platform menghubungkan majikan dan pemohon pekerjaan ini nyata dapat memperkasakan lagi pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ini secara langsung dapat menurunkan kadar pengangguran negara yang sedang mencatatkan paras 4.9%.