Artikel

Kekayaan Kelompok Terkaya Dunia Kini Melonjak 60% Sepanjang Pandemik COVID-19 – Forbes

Ternyata kesan pandemik COVID-19 ke atas ekonomi dunia tidak mengugat pengaruh kekayaan yang dimiliki oleh kumpulan tertentu, iaitu kalangan individu terkaya di dunia.

Berdasarkan Senarai Billionaire Dunia 2021 yang dikeluarkan Forbes ini – secara kumulatifnya kekayaan kelompok ini telah meningkat lebih 60% ketika pandemik COVID-19. Secara keseluruhannya seramai 2,755 individu telah tersenarai dan 493 individu adalah individu baharu pada senarai tersebut.

Sudah pasti Jeff Bezos kekal mengungguli senarai selaku individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaan bersih sekitar RM730.8 bilion (AS$177 bilion) diikuti peneraju Tesla, Elon Musk dengan nilai kekayaan RM623.4 bilion (AS$151 bilion).

Selain Jeff Bezos dan Elon Musk – Bernard Arnault, hartawan barangan mewah telah menduduki tangga ke tiga pada senarai teratas.