Kelak, para peniaga di pasar tani dan pasar awam di wilayah persekutuan Putrajaya diwajibkan sedia kemudahan pembayaran secara nirtunai (tanpa tunai) melalui dompet digital kepada pelanggan. Langkah drastik ini diambil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung penerapan tersebut dalam kalangan para peniaga.
Kemudahan penyediaan dompet digital itu adalah sebahagian syarat pembaharuan lesen perniagaan para peniaga.
Menurut Rosol Wahid – Timbalan Menteri KPDNHEP kerjasama ini akan diselaraskan bersama Perbadanan Putrajaya dalam tempoh terdekat, kementerian menyasarkan 12,844 peniaga di 306 pasar tani, pasar awam akan menrapkan kemudahan transaksi nirtunai ini menerusi dompet digital.
Kenyataan itu dinyatakan setelah pelancaran Insiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) di mana, melibatkan kerjasama antara kementerian dan pelbagai agensi kerajaan dan swasta. Ini termasuk Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Maybank dan Touch n ’Go (TNG).
Menerusi penerapan ini ia dapat memotivasikan seluruh para peniaga untuk penggunaan pembayaran nirtunai dengan lebih meluas.