Menjelang tahun 2025, Starbucks merancang untuk menamatkan penggunaan cawan pakai-buang mereka di seluruh cawangan kafe di seluruh Korea Selatan. Tindakan ini bertujuan untuk mengekang lambakan sampah dan penggunaan karbon bagi persekitaran.
Langkah ini dilihat bertepatan dengan sasaran Korea Selatan untuk mengurangkan pembebasan gas pemanasan global mulai tahun 2050, ia turut merangkumi membatasi penggunaan plastik, kertas pada perkhidmatan.
Bermula Julai, pekeliling cawan diperkenalkan pada Starbucks Korea Selatan. Ini bermakna para pelanggan Starbucks akan disajikan minuman di dalam cawan yang boleh diguna semula – pengenaan deposit kecil akan dilakukan pada setiap pembelian di Starbucks.
Untuk makluman Korea Selatan adalah pasaran kelima terbesar bagi rantaian kopi dengan lebih dari 1,500 cawangan tersedia. Kini pihaknya merancang untuk memperluas tenaga kerja sekitar 30% dengan menambah lebih 5,500 pekerjaan baru dengan fokus pada lulusan muda, warga tua dan orang kurang upaya menjelang tahun 2025.