Ternyata taruhan terbaharu syarikat pelaburan SoftBank kini terarah kepada entiti robotik Norway iaitu syarikat robotik AutoStore. Di mana, pihaknya ingin membeli 40% kepentingan AutoStore yang bernilai RM11.57 bilion (AS$2.8 bilion).
Untuk makluman AutoStore, memiliki kelebihan pada sistem kuboidnya yang berupaya mengurangkan ruang keperluan untuk simpanan barangan.
Setakat ini, lebih 20,000 penggunaan robotik diterapkan di 35 buah negara – antara jenama yang turut menggunakan teknologinya adalah entiti Puma dan Siemens.
Menurut Pengasas SoftBank – Masyoshi Son, AutoStore dilihat berfungsi sebagai teknologi asas untuk sistem logistik dan ini akan memberi penjimatan yang ketara kepada kos syarikat diseluruh dunia.
Buat masa ini, firma Thomas H.Lee Partner masih lagi kekal selaku pemegang saham majoriti di AutoStore .