Artikel

Johor Bakal Bangunkan Aplikasi Khas Vaksinasi – Khusus Untuk Rakyat Malaysia Yang Memasuki Singapura

Pengagihan vaksin pada seluruh rakyat Malaysia adalah merupakan tanggunjawab pentadbiran bagi memastikan jaminan suntikan tersebut diseimbangkan – ini merangkumi rakyat negara yang berada di Singapura.

Oleh itu, kerajaan negeri Johor kini dilaporkan akan melancarkan aplikasi khas vaksinasi kepada rakyat negara yang ke Singpura, aplikasi itu dikenali sebagai ImmuPlan Johor.

Berdasarkan kenyataan Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad – , aplikasi ini merupakan sebuah program yang dikhususkan kepada rakyat Malaysia yang berulang-alik ke Singapura. Bagi permulaan seramai 100,000 orang dicadangkan untuk menerima vaksinasi menerusi pendaftaran aplikasi ini.

Pembangunan aplikasi ini difahamkan telah mengadakan mesyuarat bersama Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin. Langkah ini juga dilihat sebahagian daripada usaha negara dalam menjalinkan komitmen bersama kerajaan Singapura untuk memudahkan kesejahteraan rakyat negara – khususnya untuk tujuan rentas sempadan.

Menerusi pembangunan aplikasi ini – kerajaan negeri Johor menyasarkan ia akan membantu meningkatkan aliran pertumbuhan negara dan merancakkan semula kuasa ekonomi negeri Johor.