Artikel

40% Syarikat Di Malaysia Sasar Kekalkan Angka Pekerja Pada Tahun Ini, Tiada Pertambahan – Laporan

Seperti yang diperkatakan ekonomi negara kini memaparkan pemulihan dengan sasaran pertumbuhan sekitar 6.5% sehingga 7.5% oleh pemerhati dunia – ini secara langsung merangkumi pembangunan peluang pekerjaan negara.

Tinjauan laporan Talent Trends 2021, Malaysia Page Malaysia – menunjukkan antara sektor yang memaparkan peningkatan dari segi peluang perluasan adalah teknologi, kewangan digital (fintech), kesihatan, pembuatan, kejuruteraan serta pengeluaran barangan rumah dan penjagaan pengguna (FMCG).

Bagaimanapun, keterangkuman tinjauan ini menyatakan hanya 27% premis syarikat akan meningkatkan angka tenaga kerja mereka, sementara itu 40% pula akan mengekalkan kapasiti tenaga kerja yang sedia ada.

Tidak hanya itu – laporan turut menyatakan 66% tenaga pekerja akan bertindak meneroka peluang baharu pada tahun ini, manakala 31% responden pula akan melakukan tinjauan terlebih dahulu sebelum beralih kepada pekerjaan baharu.

Meskipun pengurangan kadar pengambilan berlaku – namun ia dilihat bukanlah faktor kepada penutupan peniagaan negara, aliran positif Malaysia masih dapat diperhatikan pada pembangunan pekerjaan untuk suku kedua ke suku ketiga.

Berdasarkan tinjaun juga – rata-rata syarikat Malaysia menegaskan antara elemn penting yang wajar dimiliki setiap pekerja adalah nilai kerjasama sepasukan. Ini faktor yang penting untuk tangani krisis ekonomi global di samping menjamin produktiviti syarikat.