Artikel

Pematuhan SOP Rapi Tidak Pengaruhi Sesi Persekolahan – Peranan Guru, Ibu Bapa Bantu Tangani Isu Ini

Menerusi pematuhan SOP yang baik, sudah pasti operasi persekolahan dapat dilaksanakan dengan baik tanpa mengugat kesejahteraan pihak sekolah serta para pelajar.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin perkara ini dapat di atasi dengan adanya pematuhan yang rapi dari pihak terlibat. Ibu bapa juga turut disarankan untuk sentiasa memberi peringatan kepada anak-anak supaya kekal mematuhi garis panduan, meskipun di luar waktu sekolah.

Langkah penekanan ini mampu mengekang potensi penularan daripada berlaku. Ia juga merangkumi sesi ketibaan dan ketika sesi bersurai persekolahan. Segala tindak tanduk pihak terlibat perlu diteliti.

Untuk makluman, sebelum ini KPM telah menjelaskan penutupan sekolah hanya akan berlaku apabila terdapatnya kesulitan pada kelancaran operasi seperti kekurangan guru disebabkan faktor kuarantin wajib.

Tidak hanya itu – penilaian risiko berasaskan pihak kesihatan juga akan diambil kira untuk tindakan penutupan persekolahan. Setakat ini, sesi persekolahan secara bersemuka dilihat suatu persekitaran yang lebih baik untuk pembelajaran para pelajar.