Artikel

Perniagaan Nirtunai Pasar Tani – Sasar 3,000 Usahawan Terima Kad Debit

Penggunaan pembayaran secara nirtunai (tanpa tunai) dilihat bakal diterapkan pada seluruh perkhidmatan negara. Ini termasuklah perkhidmatan jualan di pasar tani.

Menyedari kepentingan itu, Bank Muamalat berserta MukminPay dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini menyasarkan perolehan kad debit kepada sekitar 3,000 usahawan pasar tani.

Langkah ini secara langsung dapat membantu para  usahawan pasar tani menerapkan pengetahuan mereka berhubung kemahiran teknologi dan pengurusan perniagaan tanpa tunai dengan lebih tinggi.

Ini kerana, seperti yang semua sedia maklum Laporan VISA sebelum ini telah menyatakan penerapan pembayaran secara nirtunai di Malaysia telah mencapai paras 70%. Maka penerapan kad debit ini antara usaha pihak kewangan membantu para usahawan memacukan usaha tersebut.

Adanya kemudahan ini, ia selaras dengan penetapan kerajaan untuk memperkasakan Ekonomi Tanpa Sentuhan antara pengguna dan peniaga.