Artikel

Sekolah Hanya Akan Ditutup, Sekiranya Kelangsungan Operasi Terjejas – KPM

Penutupan sekolah akan berlaku apabila terdapatnya kesulitan pada kelancaran operasi seperti kekurangan guru disebabkan faktor kuarantin wajib. Tidak hanya itu – penilaian risiko berasaskan pihak kesihatan juga akan diambil kira untuk tindakan penutupan persekolahan.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin tindakan itu akan dilakukan setelah mengambil kira situasi penularan yang berlaku di sekolah sama  ada boleh diteruskan atau ditangguhkan sesi persekolahan bersemuka.

Perkara ini dinyatakan ketika penyerahan kunci di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Gelugor pada hari ini (3 April). Selain isu penularan yang mampu mengugat kesejahteraan pelajar – isu membabitkan infrastruktur pembangunan pendidikan juga akan ditambah baik kelak.

Setakat ini, KPM melihat persekitara persekolahan secara bersemuka lebih kondusif dan baik untuk persekitaran para pelajar. Selain itu, penyampaian pembelajaran juga dilihat lebih efektif. Bagaimanapun persoalan berhubung keselamatan kesihatan pelajar tidak akan diambil mudah oleh pihak pendidikan negara.