Artikel

J&T Express Dilaporkan Sedang Pertimbang IPO Di AS, Seawal Suku Keempat 2021

J&T Express kini sedang mempertimbangkan pelaksanaan penawaran awam (IPO) di Amerika Syarikat (AS) seawal suku keempat tahu ini.

Berdasarkan laporan Bloomberg, tawaran syarikat yang berpangkalan di Indonesia ini merangkumi nilai entiti sekitar RM20.5 bilion (AS$5.4 bilion), manakala jangkaan janaan IPO pula sekitar lebih RM4.1 bilion (AS$1 bilion).

Menerusi penglibatan J&T ini nyata ia akan memberi saingan menarik kepada entiti Indonesia yang lain iaitu syarikat telekomunikasi – PT Indosat pada papan penyenaraian AS.

Sekiranya pelaksanaan dilakukan maka ini akan menjadikan firma J&T selaku entiti Indonesia pertama yang tersenarai pada pasaran dagangan New York.

Setakat ini tiada sebarang maklum balas dinyatakan dari pihak J&T Express berhubung lanjutan pertimbangan IPO tersebut. Untuk makluman, J&T kini memiliki lebih 350,000 tenagan kerja dan memiliki pelbagai rangkaian perkhidmatan di Malaysia, Singapura, Kemboja, China, Thailand dan Vietnam.