Artikel

TRWPay Kini Dilancarkan – Kelantan, Kelab Bola Sepak Pertama Memiliki Kemudahan Sistem Pembayaran Ini

Kini penggunaan pembayaran atas talian tidak lagi tertumpu kepada hiburan mahupun perkhidmatan keperluan – namun turut boleh digunapakai pada penjualan beli tiket perlawanan sukan bola sepak.

Ia diperlihatkan menerusi pelancaran TRWPay semalam (1 April) kepada semua pengemar sukan bola sepak tanah air.

Penerapan platform nirtunai (tanpa tunai) ini adalah hasil kerjasama The Red Warriors Sdn Bhd, Securepay bersama Cool Code. Integrasi ini tidak hanya tertumpu kepada jualan tiket perlawanan sahaja malah turut merangkumi jualan cenderahati pasukan TRW dan tempahan gelanggang permainan di bawah pengendalian pengusaha perkhidmatan sukan lain.

Langkah penglibatan ini diperhatikan baik untuk pembangunan sukan negeri Kelantan serta memberi kemudahan kepada penonton aktif mereka.

Untuk makluman, menerusi pelancaran ini – diskaun sekitar 13% diberikan sepanjang April Ini bagi setiap transaksi yang dijalankan.

Dengan adanya penerapan platform pembayaran ini, ia akan meningkatkan aliran pertumbuhan perbelanjaan pengguna Kelantan pada platform atas talian. Sebarang maklumat lanjut semua pihak boleh layari pada pautan TRWPay.