Artikel

Seramai 1.5 Juta Pengguna AirAsia Kini Telah Menerima Pulangan Bayaran – Tony Fernandes

Umum ketahui, krisis kewangan telah menghimpit semua perniagaan dan perkhidmatan – ini termasuklah kumpulan AirAsia tidak lagi dari memiliki masalah tersebut.

Tony Fernandes – Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia hari ini (1 April) menyatakan meskipun pihaknya tidak memiliki sokongan kewangan seperti entiti penerbangan lain namun pihaknya masih menitikberatkan hak pengguna khususnya melibatkan pulangan semula kerugian yang dialami mereka disebabkan penangguhan perkhidmatan.

Untuk makluman, sejak Januari tahun lalu – sekitar 1.5 juta pengguna AirAsia telah menerima bayaran balik mereka. Ini termasuklah 2.9 juta pengguna telah menerima kredit menerusi akaun mereka.

Menurut Tony setakat ini masih terdapat 450,000 bayaran tertunggak sedang diproses, untuk diselesaikan. Kenyataan itu dimaklumkan menerusi laman rasmi Facebook AirAsia – di mana semua pengguna AirAsia kini diberi jaminan akan memperolehi tunggakan mereka dari semasa ke semasa.

Di samping menyelesaikan isu tersebut, Tony turut menyatakan tindakan selanjutnya pada operasi mereka adalah untuk terus kukuh di persada perjalanan udara – pelbagai sumbangan telah dilakukan terhadap pengguna serta penawaran peluang pekerjaan kepada kakitangan, dan ia tidak akan terhenti disitu.

Tony menegaskan AirAsia akan terus sedaya mungkin memperkasakan perkhidmatan mereka meskipun mengalami kesan yang mendalam disebabkan COVID-19.