Artikel

Sekitar 3.5 Juta Dos Vaksin CanSino Akan Diterima Malaysia Bulan Ini – Dr Adham Baba

Mulai bulan ini, Malaysia akan menerima 3.5 juta vaksin dos tunggal CanSino dari China.

Kenyataan itu dimaklumkan Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Kesihatan negara hari ini (1 April). Pada masa yang sama, penetapan fasa kedua bagi suntikan vaksin juga turut diawalkan kepada 17 April ini.

Seperti yang umum ketahui fasa kedua akan bermula pada bulan ini sehingga Ogos 2021 dengan memberi fokus kepada individu yang berisiko tinggi yang berusia 65 tahun dan ke atas.

Sementara itu, untuk fasa ketiga pula dijangka akan bermula menjelang Februari 2022 kelak. Program vaksinasi di bawah Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 ini akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga mencapai kadar keseluruhan selama 12 bulan.