Artikel

Amazon Merancang Kembali Kepada Budaya Berpusatkan Kepada Pejabat

Amazon kini telah mengeluarkan pengumuman kepada semua pekerja mereka, menekankan Amazon merancang untuk kembali kepada budaya berpusatkan kepada pejabat sebagai dasar utama Amazon.

Seperti ramai sedia maklum, disebabkan oleh penularan Covid-19, pelbagai syarikat telah mula menerapkan kaedah bekerja dari rumah. Disebabkan ini juga ramai yang melihat kepada budaya bekerja dari rumah akan diterapkan secara hibrid dipelbagai syarikat pasca Covid-19 kelak.

Amazon mengatakan mereka mempercayai yang mana dengan kembalinya ke pejabat, ia akan membolehkan mereka merekacipta, bekerjasama, dan belajar bersama dengan lebih efektif berbanding bekerja dari rumah. Proses kembali ini akan dilakukan secara berperingkat oleh Amazon berdasarkan beberapa faktor.

Selain Amazon, beberapa syarikat lain turut dijangka menerapkan kembali budaya berpusatkan kepada pejabat dalam meneruskan kelangsungan operasi syarikat.