Artikel

Malaysia Terima Bekalan AstraZeneca Jun Ini, Sekitar 600,000 Dos – Khairy Jamaluddin

Seperti yang dinantikan, Malaysia kini dimaklumkan terima bekalan vaksin AstraZeneca sekitar 600,000 dos pada bulan Jun kelak.

Perkara ini telah dinyatakan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan – Khairy Jamaluddin pada hari ini (31 Mac) di sidang PICK.

Meyedari masih ramai mempertikaikan keseimbangan pada penggunaan AstraZeneca ini – Khairy menjelaskan meskipun India berbuat demikian, ia tidak akan mempunyai kaitan dengan pembekalan vaksin Malaysia.

Ini kerana perbezaan pengeluar menjadikan isu tersebut tidak relevan untuk negara. Untuk makluman, bekalan AstraZeneca negara dilakukan oleh pengeluar Korea Selatan iaitu SK Bioscience. Berbeza dengan India, yang menghentikan pembekalan dari pengeluar Serum Institute of India SII.

Maka tindakan itu dilihat tidak akan menjejaskan penghantaran vaksin AstraZeneca ke negara.