Artikel

MyCC Rancang Bentang Pindaan Akta Persaingan 2010 – Kuasai Hak Kebenaran Sebarang Gabungan Entiti

Rancangan pindaan Akta Persaingan 2010 kini telah mula dilakukan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC). Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tindakan pindaan itu akan dibentangkan menjelang hujung tahun ini.

Menerusi langkah itu ia akan memperlihatkan kawalan kuasa MyCC terhadap sebarang bentuk penggabungan dan entiti monopoli dalam negara.

Setiap pengambilalihan serta gabungan memerlukan kebenaran MyCC – usaha itu dapat mengelakkan dari berlaku ketidakseimbangan pada pasaran Malaysia.

Berdasarkan Menteri KPDNHEP – Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengatakan jika didapati terdapat gabungan tanpa kebenaran, pihak yang terlibat akan diarahkan memecahkan semula gabungan tersebut dan akan dikenakan denda.

Kenyataan tegas itu akan dilaksanakan bagi pihak yang gagal mematuhi penetapan pindaan kelak. Sebelum ini MyCC pernah mengambil tindakan tegas ke atas DagangNet, AirAsia, Malaysia Airlines dan MyEG Services.

Ia berhubung penyalahgunaan kuasa, penindasan dan monopoli pasaran.