Artikel

52% PKS Berpendapat Penangguhan Bayaran Balik Hutang Wajar Dilanjutkan – Mastercard

Ternyata cerminan pemulihan pada warga PKS disasarkan akan berlaku pada April 2021. Meskipun tanggapan tinjauan Kaji Selidik Impak Mastercard hanya merangkumi lebih satu per tiga PKS sahaja tetapi ia dilihat sesuatu yang optimis pada pertumbuhan negara.

Tinjauan kajian itu meliputi penglibatan 452 pengusaha PKSĀ  memaparkan beberapa pandangan berhubung peratusan pemulihan bagi industri mereka.

Antaranya adalah sekitar 66% responden berpendapat pemberian kadar faedah pinjaman yang lebih rendah diperlukan, begitu juga 52% menyatakan keperluan bayaran balik hutang wajar dilanjutkan. Manakala beberapa peratusan lain :

  • 80% pengusaha PKS pula mengakui memiliki sumber mencukupi untuk melaksanakan operasi sehingga akhir 2021
  • 31% pula telah bertindak melakukan pelaburan untuk persediaan bagi pemulihan
  • 74% menyatakan kebimbangan berhubung tenaga pekerja
  • 21% telah membuka perniagaan secara atas talian
  • 39% menambahbaik premis menerusi atas talian
  • 64% kebimbangan kewangan
  • 63% kebimbangan menerusi jualan

Menerusi pemerhatian ini – ia jelas menunjukkan pelbagai aspek telah diambil kira PKS untuk mempertimbangkan operasi mereka di kala pandemik COVID-19.

Namun sentimen positif pada perolehan sumber dan persediaan pelaburan nyata akan memperkasakan lagi sasaran pemulihan PKS supaya lebih bersedia mendepani krisis di masa hadapan.