Artikel

Pertumbuhan KDNK 2021 Malaysia Kekal Disasarkan Berkembang 6% – 7.5%

Tahun 2020 menyaksikan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia alami penurunan iaitu pada paras 5.6%. Berdasarkan pemerhatian Bank Negara Malaysia (BNM) unjuran tersebut akan alami peningkatan pada tahun ini dengan kadar 6% sehingga 7.5%.

Berdasarkan tinjauan laporan tahun 2020 – faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan pemulihan itu adalah peningkatan permintaan luar, peningkatan tenaga kerja secara perlahan, peningkatan pengeluaran sektor pembuatan dan perlombongan telah merancakkan semula aliran ekonomi.

Tidak hanya itu, sokongan dasar kerajaan turut melengkapkan agenda bank pusat dalam memperkasakan ekonomi Malaysia.

Salah satu langkah dasar yang disebutkan oleh BNM adalah suntikan fiskal untuk meredakan kekangan tunai, menyokong keadaan pasaran buruh dan menguatkan semula perbelanjaan dan aktiviti ekonomi, seperti pindahan wang Bantuan Prihatin Nasional kepada isi rumah, program subsidi upah serta pelbagai insentif dan pelepasan cukai.

Selain itu – pengurangan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 1.75% juga dilihat turut mengurangkan kos pinjaman dan meningkatkan penglibatan pinjaman untuk para pengguna.

Sementara itu, inflasi dijangkakan lebih tinggi pada tahun ini dengan 2.5% sehingga 4% – ia didorong faktor kos kenaikan harga minyak dan komoditi global, serta penurunan elektrik kesan rebat tarif diperkenalkan pada April 2020.