Setiap tindakan penguatkuasaan adalah berasaskan data kajian pihak autoriti. Segala keputusan masih berpaksi kepada usul Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui penilaian risiko kesihatan negara.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Dato’ Sri Ismail Sabri – persoalan berhubung kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini hanyalah gambaran awal – berkenaan penelitian kebenaran rentas negeri untuk sambutan Aidilfitri.
Sebarang tindakan capaian keputusan kelak masih berpandukan kepada trend penularan serta kadar kebolehjangkitan COVID-19 di kawasan tertentu.
Oleh itu, buat masa ini – tiada keputusan mutlak dicapai lagi berhubung kebenaran rentas negeri tersebut.
Pada masa yang sama, DS Ismail Sabri turut menyatakan – tiada kewujudan ‘double-standard’ berhubung isu rentas negeri ini – segala tindakan lanjut akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa sekiranya terdapat individu yang gagal mematuhi undang-undang negara.