Sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menyelaraskan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dikekalkan untuk 6 buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak, Pulau Pinang, dan Kelantan.
Penguatkuasaan ini akan dilakukan mulai 1 April sehingga 14 April 2021.
Keputusan ini berdasarkan penilaian risiko bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan MKN – status penularan kini menunjukkan trend penurunan untuk kebanyakan negeri. Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) data ini baik untuk tahap kesejahteraan negara.
Manakala 10 negeri lain pula masih dikekalkan dibawah penguatkuasaan pemulihan (PKPP).