Artikel

Malaysia Bayar Sejumlah RM320 Juta Kepada Singapura – Pampasan HSR

Susulan tiada persetujuan dilakukan pada perubahan Perjanjian Dua Hala Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) – ia telah dibatalkan secara automatik, seiring tarikh luput yang berkuat kuasa pada 31 Disember 2020 lalu.

Pelaksanaan perjanjian dua hala bagi projek HSR itu dilihat menjejaskan ekonomi serta meningkatkan bebanan kewangan negara.

Malaysia kini telah membayar RM320.27 juta (S$102.8 juta) kepada Singapura berhubung kos yang ditanggung.

Ia adalah mewakili jumlah penyelesaian berhubung pembatalan perjanjian tersebut.

Bagaimanapun Malaysia-Singapura telah menyatakan untuk terus optimis dalam memelihara hubungan baik kedua-dua negara.