Artikel

ASNB-PNB Isytihar Pengagihan Pendapatan Berjumlah RM1.55 Bilion Untuk 5 Dana

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini (29 Mac) mengumumkan pengagihan pendapatan untuk lima dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2021.

Pembayaran pengagihan pendapatan itu merangkumi jumlah RM1.55 bilion.

Ini merangkumi dua dana harga tetap, iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM), serta tiga dana harga berubah, iaitu ASN Equity 3, ASN Imbang 2 dan ASN Sara 1.

Untuk ASB 2 – PNB telah mengisytiharkan dividen sekitar 4.25%, ini menjadikan agihan pendapatan berjumlah RM488.2 juta. Difahamkan ia memanfaatkan seramai 459,416 pemegang unit degan nilai pegangan 11.5 bilion unit.

Sementara itu, ASM pula pembayaran pengagihan pendapatan diisytiharkan sekitar RM851.2 juta (4.0%) – memanfaatkan seramai 559,222 pemegang unit dengan pegangan 21.3 bilion unit.

Manakala, pada 3 dana harga berubah pula iaitu ASN Equity 3 diisytiharkan jumlah agihan pendapatan RM76.4 juta iaitu 3.53 sen kepada 86,306 pemegang unit, ASN Imbang 2 pula diisyitiharkan RM45.4 juta denfan 3.11 sen seunit kepada 85,147 pemegang unit dan ASN Sara 1 pulapengagihan pendapatan sebanyak RM91.8 juta, 3.52 sen seunit kepada 85776 pemegang unit.

Tiga dana harga berubah ini mencatatkan pulangan dua digit sebanyak 18.7%, 17.0% dan 10.8%.

Pulangan ini didorong berasaskan pemulihan pasaran ekuiti daripada prestasi terendah tahun 2020.