Artikel

Mulai April Ini – Rangka Belanjawan 2022 Akan Diperhalusi

Mulai April ini, kerajaan akan memperhalusi usul berhubung penyusunan rangka Belanjawan 2022.

Kenyataan itu telah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed pada hari ini (29 Mac) di Bachok, Kelantan. Setakat ini terdapat beberapa senarai cadangan telah diterima Unit Perancang Ekonomi (EPU) oleh kementerian tertentu berhubung peruntukan kelak.

Perihal itu akan dimuktamadkan pada Ogos 2022 kelak, dan rundingan ini akan dilakukan bersama Kementerian Kewangan (MOF) berdasarkan nilai peruntukan dan pembangunan yang akan dipersetujui.

Berdasarkan laporan, antara permohonan yang diusulkan adalah berkaitan penambahbaikan infrastruktur di seluruh negara.