Kerajaan kini sedang mempertimbangkan pemberian satu dos suntikan vaksin COVID-19 sahaja untuk penduduk kawasan pedalaman negara, antara kepada Orang Asli.
Perancangan ini diteliti berdasarkan kemudahan perjalanan penduduk negara di kawasan tersebut untuk memperolehi suntikan vaksin.
Menurut Timbalan Menteri Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, beberapa faktor perlu diambilkira untuk memahami kesukaran penduduk kawasan pedalaman – untuk mereka kembali mengambil dos suntikan kedua dilihat akan menyukarkan kemampuan mereka, faktor termasuk logistik dan lokasi komuniti luar bandar.
Antara faktor pemerhatian, kemungkinan akan menggunakan CanSino iaitu antara vaksin satu dos dari pembangunan China.
Malaysia setakat ini memperoleh akses kepada bekalan vaksin Covid-19 melalui kemudahan COVAX, dan pembelian awal dari lima pengeluar vaksin COVID-19 yang merangkumi vaksin dua dos dari Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac) dan CanSinoBIO , dan vaksin dos tunggal Sputnik V, dari Rusia.