Artikel

Penglibatan Wanita Malaysia Pada Platform Kripto Wang Semakin Meningkat – Luno

Ternyata penglibatan wanita pada platform kripto wang Luno kini semakin meningkat sejak ia diperkenalkan pada tahun 2019.

Luno, platform pertukaran aset digital kini mendedahkan peratusan wanita telah meningkat kepada 20%, ini turut meliputi purata urus niaga pengguna wanita telah meningkat daripada purata 6% ke 15% sebulan, menggambarkan trend positif pelaburan kripto wang di kalangan pengguna wanita di Malaysia.

Berdasarkan jumlah peratusan itu, 96% pengguna wanita diperhatikan membeli kripto wang untuk pelaburan, dan 56% mengemari Bitcoin (BTC) sebagai simpanan nilai alternatif.

Apa yang menarik, sebilangan pengguna wanita yan terlibat pada platform ini adalah dari latrbelakang bidang seperti kesihatan, perakaunan dan pendidikan.

Tidak hanya itu, tinjaun turut dapati sebilangan besar aktiviti transaksi terhasil daripada pengguna wanita yang berusia:

  • Usia 30 tahun hingga 39 tahun – sekitar lebih 60%
  • 50 tahun hingga 59 tahun – sekitar 13%
  • 40 tahun hingga 49 tahun – sekitar 12.4%

Selain BTC, pembelian kripto wang lain juga turut digemari oleh wanita seperti Ethereum (ETH) 22%, Ripple (XRP) 16% dan Litecoin (LTC) 6%.

Perkongsian data ini adalah berasaskan kepada penglibatan wanita pada data Luno untuk tempoh 6 bulan terakhir.