Tempoh pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kini dilanjutkan sehingga 31 Mei kelak. Langkah itu telah dimaklumkan Kementerian Pengangkutan pada hari ini (26 Mac).
Tindakan ini dilakukan berikutan kedudukan negara ketika ini yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP).
Ia bagi mengelakkan kesesakan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Selain itu, para pemandu disarankan untuk melampirkan salinan perlindungan dan insurans kenderaan yang sah sewaktu pemeriksaan penguatkuasa dilakukan.
Bagaimanapun, sekiranya tempoh LMM dan LKM telah tamat pada fasa pengecualian pertama (1 Februari hingga 31 Mac) dikehendaki memperbaharui lesen masing-masing dalam masa 60 hari – mulai 1 April hingga 31 Mei 2021.
Untuk makluman, pembaharuan ini dapat dilakukan pada seluruh kaunter JPJ, Agensi PEngangkutan Awam Darat dan Lembaga Pelesanan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Sarawak.