Artikel

Ketidaktentuan Politik Malaysia, Akan Beri Kesan Kepada Prestasi Ekonomi Negara – Bank Dunia

Bank Dunia kini menyasarkan Malaysia dan Indonesia sebagai antara negara yang akan pulih pada tahun ini, tahun 2021.

Sasran ini dilaporkan pada Tinjauan Ekonomi Asia Timur dan Pasifik April 2021 – Uneven Recovery, di mana pemulihan tersebut akan berlaku pada kitaran suku ketiga-keempat tahun ini.

Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada purata 6.0% tahun ini, setelah menguncup 5.*% pada tahun lalu.

Antara faktor yang akan mendorong pertumbuhan pemulihan tersebut adalah pelaksanaan agihan vaksinansi negara beserta penerapan teknologi pada pembangunan ekonomi negara.

Bagaimanapun faktor yang dilihat tidak seimbang adalah ketidaktentuan politik negara – mampu mengekang prestasi pertumbuhan ekonomi menjadi lebih perlahan, ini akan mempengaruhi momentum Malaysia.

Selain, Malaysia dan Indonesia – Bank Dunia juga turut menyasarkan pemulihan pada pertumbuhan Thailand dan Filipina pada tahun 2022. Sementara itu, Vietnam dan China akan terus memaparkan peningkatan ekonomi yang ketara pada tahun ini.

Melihat situasi ini – selain penyaluran dana perlindungan sosial kepada rakyat negara, seharusnya segmen politik Malaysia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi. Segala percanggahan pendapat seharusnya tidak mempengaruhi atau mengubah sebarang struktur ekonomi negara.

Jika ia tidak diseimbangkan, ini akan memberi kesan kepada sentimen pelaburan dan perdagangan semasa negara.