Dana Pinjaman Mudah Perusahaan Kecil dan Sederahana (PKS) di bawah pengurusan Bank Negara Malaysia (BNM) ini telah meluluskan sejumlah RM11.75 bilion kepada warga PKS.
Jumlah peruntukan itu menurut Kementerian Kewangan (MoF) difahamkan memberi manfaat kepada 24,819 warga PKS.
Dana pinjaman itu turut merangkumi Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES), Agromakanan, Automasi Pendigitalan (AF) serta Bantuan Khas (SRF).
Menerusi agihan kelulusan ini – sudah pasti dapat memperkasakan semula operasi ekonomi negara bagi setiap tanggungan kos.
Tidak hanya itu, pembiayaan PKS PENAJA bernilai RM1.356 bilion juga turut akan disalurkan kepada 7,205 permohonan untuk kelangsungan dana.