Penyertaan ciri baharu iaitu GO+ pada aplikasi Touch ‘n Go eWallet – para pengguna berpotensi meningkatkan pulangan tunai melalui baki asas yang ada pada aplikasi tersebut.
GO+ adalah ciri TNG eWallet baru yang akan dilancarkan oleh TNG Digital Sdn Bhd. Dana asas untuk GO+ ini adalah Principal e-Cash – dana pasaran wang yang diuruskan oleh Principal Asset Management Berhad. Ia akan bertindakan selaku dana pada pulangan pelaburan.
Baki dalam akaun GO+ tersebut tidak dianggap sebagai wang digital, deposit, dan tidak dijamin modal atau modal dilindungi oleh PIDM.
Untuk turut serta pada medium ini, para pengguna boleh berbuat demikian:
- Lengkapkan pengesahan akaun pada aplikasi Touch ‘n Go eWallet
- Kemaskini maklumat peribadi
- Tambah nilai minimun RM10 pada GO+ dan tingkatkan nilai tersebut
Menerusi ciri ini, para pengguna boleh menikmati pulangan pelaburan setiap hari, dapat berbelanja di mana sahaja dan dapat keluarkan tunai pada mana-mana perbankan.
Bagaimanapun konsep ciri ini tidak berasaskan pematuhan Shariah.
Untuk semua pengguna, pengenalan ciri ini akan tersedia dalam beberapa hari sahaja lagi dan berdasarkan penglibatan – pengguna yang berusia 18 tahun dan ke atas dapat mengikutinya setelah pengesahan maklumat peribadi diluluskan.