Pemahaman berhubung pengurusan kewangan adalah amat penting untuk seluruh rakyat negara – khususnya golongan belia di kala pandemik COVID-19. Tindakan ini selari untuk kebaikan literasi kewangan Malaysia – Visa kini menawarkan sebuah permainan berasaskan web iaitu Mind Your Ringgit (MYR).
Pembangunan permainan ini telah mendapat sokongan dari Financial Edcation Network bersama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Dengan menggunakan tema kempen ‘Jaga Diri, Jaga Wang Anda’ MYR adalah permainan simulasi 12 bulan yang merangkumi elemen seperti pengetahuan pengurusan wang meskipun berdepan dengan krisis COVID-19 ketika ini.
Platform permainan ini berperanan memberi pendedahan kepada golongan belia negara untuk membuat keputusan kewangan yang lebih baik.
Peserta yang terlibat akan diberi situasi berasaskan senario kehidupan sebenar – segala soalan relevan memerlukan peserta membuat keputusan kewangan yang tepat tentang tindakan selanjutnya dalam pengurusan kewangan mereka.
Menerusi permainan ini, peserta juga boleh menggunapakai alat pengurusan bajet untuk mengawasi simpanan, hutang dan komitmen bagi membantu mereka mengurus wang secara bijak.
Tidak hanya pendedahan ilmu kewangan sahaja tetapi kesedaran berhubung penipuan, pembayaran digital, insurans, pelaburan, pinjaman dan simpanan juga turut disertakan.
Buat masa ini Mind Your Ringgit diterbitkan dalam empat fasa iaitu setiap dua minggu. Hari ini (25 Mac) rakyat Malaysia boleh mengakses bulan satu hingga bulan tiga permainan ini pada pautanĀ https://www.mindyourringgit.com/.