Artikel

Indeks Harga Pengguna Papar Peningkatan 0.1% Bagi Februari 2021

Peratusan Indeks Harga Pengguna pada Februari telah memaparkan peningkatan 0.1%. Ia didorong berdasarkan indeks barangan dan perkhidmatan (1.6%), makanan dan minuman tanpa alkohol (1.4%).

Tidak hanya itu, berdasarkan makluman Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), di mana 326 bahagian telah mencatatkan peningkatan – ia termasuklah peningkatan indeks kesihatan 0.7%, bahagian penyelenggaraan isi rumah 0.3% dan pendidikan 0.1%.

Secara keseluruhan 326 item itu mendorong kepada peningkatan 50.7% untuk IHP.

Sementara itu, prestasi IHP pada peringkat negeri juga memaparkan peningkatan pada 7 buah negeri iaitu dengan Terengganu 0.8%, Kelantan 0.7%, Selangor 0.4%, Putrajaya 0.4%, manakala Kuala Lumpur, Pahang, Perak, dan Pulau Pinang mencatatkan paras 0.2%.