Persiapan menjelang Mesyuarat Tahunan Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) pada bulan Ogos kelak kini mula dilaksanakan oleh Singapura.
Pelbagai pematuhan garis panduan sedang diselenggara, termasuklah pengujian alat ukur jarak bagi memantau pergaulan sosial dalam kalangan peserta WEF 2021.
Berdasarkan laporan, alat dongle ini menerapkan ciri Bluetooth dan bersaiz kecil – memudahkan pemantauan maklumat perserta diperolehi. Ia merangkumi tempoh interaksi, lokasi dan jarak pada setiap peserta.
Maklumat ini akan dipaparkan pada sebuah sistem dan dikemaskini melalui input semasa – ciri ini membolehkan pihak penganjur terus memantau dan mengetahui pihak yang gagal mematuhi SOP disediakan.
Tidak hanya itu teknologi sistem pengecaman wajah dan pendaftaran tanpa sentuhan juga akan disertakan pada acara berkenaan.