Pada perkongsian LAKSANA Ke-46 hari ini (24 Mac) Tengku Zafrul – Menteri Kewangan (MOF) telah menyatakan beberapa perkara melibatkan saluran dana. Antaranya adalah kelulusan bagi permohonan pengeluaran i-SINAR Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Berdasarkan sidang – sekitar 5.94 juta permohonan telah diluluskan setakat 14 Mac 2020, ini merangkumi jumlah pengeluaran sebanyak RM52.48 bilion. Setakat ini, sekitar RM32.74 bilion telah dikreditkan kepada pemohon.
Melalui pengeluaran ini – pihak KWSP turut mengusulkan penglibatan pencarum pada Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) yang telah disediakan pihaknya.
Penggunaan khidmat ini secara percuma dapat memberi cerminan kepada semua pencarum berhubung perancangan persaraan mereka bersama perunding profesional.