Artikel

98% Rakyat Malaysia Bersedia Membeli Di Kedai Tempatan, Nyata Sokongan Pemulihan Ekonomi Negara – Visa

Berdasarkan dapatan baharu Visa menerusi YouGov Study 2020, 98% rakyat negara menyatakan ketersediaan mereka untuk membeli barangan di kedai fizikal tempatan bagi menyokong pemulihan semula ekonomi negara.

Memahami tuntutan itu, Visa kini menampilkan usahasama dengan Avana, Atome, hoolah dan Split menerusi kempen Where You Shop Matters untuk meningkatkan perdagangan sosial dalam kalangan PKS negara.

Langkah ini secara tidak langsung menawarkan pengguna pilihan pembayaran yang lebih fleksibel dalam merancakkan semula perbelanjaan negara. Tindakan ini bertepatan, apabila tinjauan Visa turut mendapati sekitar 30% pengguna sudah mula menerapkan kegiatan membeli belah pada perniagaan tempatan sebagai kebiasaan mereka.

Kesan pandemik COVID-19 jelas membantu mereka menjadikan aktiviti pembelian itu membantu perniagaan tempatan.

Berdasarkan perkongsian bersama ini – Avana akan menawarkan perkhidmatan Alliance Partner’s kepada pemegang kad Visa pada kadar khas 10% pulangan tunai dalam bentuk kredit pengiriman barang menerusi pelan Perniagaan Tahunan dan Agen Tahunan. 

Sementara itu untuk Atome, hoolah dan Split pula akan diberi tumpuan berhubung penawaran BNPL – Beli Sekarang Bayar Kemudian. Di mana tawaran eksklusif akan diberi kepada pengguna untuk menikmati ganjaran yang lebih besar, serta pembayaran ansuran yang lebih seimbang dapat dilakukan pengguna.

Penyertaan mereka bersama Visa nyata akan memberi kemudahan dan kelengkapan kepada pengguna dalam sistem pembayaran. Perkara ini akan meningkatkan lagi aliran tunai pada pertumbuhan negara.