Tidak lagi menjadi sebahagian daripada anggota kerabat, Putera Harry kini mengalas peranan yang baharu selaku Eksekutif startup yang berpusat di Silicon Valley.
Laporan Wall Street Journal hari ini (23 Mac) ini menyatakan – Duke of Sussex itu kini dilantik selaku Ketua Pegawai Impak untuk startup BetterUp Inc iaitu sebuah entiti bimbingan dan perkhidmatan kesihatan mental.
Berdasarkan pelaporan, peranan Harry dalam syarikat itu tidak melibatkan pengawasan secara langsung, ia akan memenuhi input mengenai strategi produk dan pengetahuan korporat. Ini juga bermaksud bahawa Duke of Sussex akan memainkan peranan selaku cerminan syarikat, yang menjalin kerjasama dengan entiti lain seperti Hilton, Google dan Lyft.
Untuk makluman, sejak berpindah ke California pasangan itu telah memulakan usaha komersial mereka, termasuklah perjanjian podcast bersama Spotify yang bernilai sekitar AS$ 25 juta dan perkongsian dengan Netflix dikhabarkan bernilai AS$ 100 juta. Setakat ini tidak diketahui berapa nilai yang dipenuhi BetterUp untuk penglibatan Harry.
Ternyata tugas korporat baharu Harry ini diperlihatkan sebagai “langkah perniagaan,” – ini sesuatu yang baik berhubung tumpuan kepada isu kesihatan mental.