Artikel

iQiyi, Media Prima, Celcom Berkerjasama – Sasar Perluasan Kandungan Tempatan Pada Paparan Global

Era pandemik COVID-19 nyata memberi keuntungan kepada platform penstriman video dan antara yang memiliki kelebihan itu adalah iQiyi. Kini bagi memperluaskan kedudukan mereka pada pasaran antarabangsa – hari ini (23 Mac) mereka mengumumkan kerjasama strategik dengan Primeworks Studio dan Celcom.

Menerusi kerjasama ini, kandungan tempatan dapat dipertingkatkan – di mana penglibatan Primeworks Studios, Media Prima tidak hanya memperkasakan hak tayangan dari terbitan TV3 namun turut memberi akses kepada kandungan negara menembusi pasaran global seperti China, Singapura dan Brunei.

Sementara itu, penglibatan Celcom selaku rakan perkongsian telekomunikasi rasmi pula tidak hanya dapat meneliti dari sudut penguna telefon pintar sahaja bahkan dapat memberi penawaran yang baik kepada pengguna iQiyi dari sistem pembayaran yang efisien. Maklumat itu akan dikongsikan tidak lama lagi.

Melihat kerjasama ini – ia secara terus membuka peluang industri hiburan negara memperkasakan lagi kandungan video serta pengiklanan pada paparan hiburan Asia dan global.