Melalui pemantauan terhadap 417,492 premis bahagian pengedaran dan sektor peruncitan, sekitar 408,988 premis darinya telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) – ini menjadikan paras pematuhan adalah pada kadar 98%.
Ini merangkumi restoran, pasaraya, pasar tani dan pasar awam.
Berdasarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sehingga kini hanya 7,746 premis sahaja yang diberi teguran, 589 premis diberi amaran dan 169 premis lagi telah dikenakan kompaun berhubung ketidakpatuhan SOP.
Tidak hanya itu, pengesanan kes berhubung ketidakpatuhan juga dianggarkan pada kitaran 10,000 kes. Penerapan yang baik dalam kalangan pemain sektor peruncitan ini suatu langkah yang wajar diteruskan bagi memutuskan rantaian COVID-19.
Menurut Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Menteri KDNHEP menyatakan usaha pematuhan ini baik untuk fasa pemulihan ekonomi negara. Segala usaha ini mampu memberi jaminan kepada semua premis perniagaan untuk terus menjalankan operasi mereka, meskipun di kala Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).