Artikel

Isu Buruh Paksa Uighur – Sekatan Baharu Dikenakan Ke Atas China

Seperti yang umum ketahui, negara China telah dikaitkan berhubung penggunaan buruh paksa dan tahanan dalam kalangan etnik Uighur, iaitu minoriti Islam. Tindakan keras itu telah mencetuskan kemarahan antarabangsa, dan kini sekatan baharu mula dilakukan.

Di mana – Kesatuan Eroupah (EU), Amerika Syarikat (AS), Britain, dan Kanada telah mengenakan sekatan kemasukan baharu ke atas pegawai China iaitu terdiri daripaa bekas dan pegawai yang beroperasi di Xinjiang. Sekatan tersebut dilihat akan mempengaruhi akses sistem kewangan global, dan membekukan aset yang mungkin mereka miliki di bawah bidang kuasa AS.

Bagaimanapun berdasarkan laporan AFP, tindakan yang sama juga turut dilakukan Beijing ke atas Eropah, yang melibatkan beberapa ahli parlimen Eropah dan anggota EU.

Melihat situasi ini – ia nyata sesuatu dasar yang harus diperbaharui oleh China berikutan isu penindasan dan diskriminasi ke atas tenaga buruh. Ia merangkumi hak asasi manusia dan kebajikan pekerja yang terlibat.

Sekiranya penindasan sedemikian diteruskan ini akan menjejaskan hubungan antarabangsa meliputi pertumbuhan ekonomi global, penindasan tersebut harus ditamatkan.