Artikel

SC Beri Amaran – Penasihat Pelaburan Tanpa Lesen Boleh Didenda Sehingga RM10 Juta

Kebelakangan ini terdapat aktiviti langganan berkaitan penasihat pelaburan tanpa lesen sedang bergerak secara aktif. Menyedari perkara itu, Suruhanjaya Sekuriti (SC) kini telah mengeluarkan perintah henti dan hindar terhadap 7 pengendali yang berkaitan.

  • Don Trader/DT Academy Sdn Bhd
  • Engineer Saham, Ergonamos Marketing – Mohd Faizal Raihan
  • Felix Consulting
  • Lifestyle Trading Masterclass/LTM Tech – Jeremy Looi Chee Keong
  • One Stock Centre / Stock Advisor / The SuperInvestor / SA Expert Consultancy – Logeswaran A/L Balasubramaniam
  • Serikandi Saham / Thoriq Legacy Sdn Bhd – Fatin Fatini Binti Ismadi
  • Teknik Saham – Fazlisyam Bin Md Isa

Tindakan itu berikutan pemantauan dilakukan ke atas perniagaan tersebut menerusi media sosial (Telegram, Facebook, Whatsapp)  Рyang melibatkan pengenaan fi atau caj pada langganan nasihat berkenaan pelaburan saham.

Untuk makluman, SC telah meletakkan pihak berkaitan di bawah Senarai Peringatan Pelabur SC. Langkah ini sebagai usaha memberi amaran kepada pihak yang terlibat bagi menghentikan aktiviti sedemikian.

Amaran ini seiring di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) yang boleh mengenakan denda tidak melebihi RM10 juta atau penjara tidak lebihi 10 tahun – bagi mana-mana individu yang menyediakan perkhidmatan nasihat pelaburan tanpa lesen.

Sementara itu, para pelabur turut disarankan untuk mengambil langkah berhati-hati dalam memastikan lesen atau pengesahan perkhidmatan nasihat pelaburan yang diikuti adalah diiktiraf oleh badan autoriti.

Sebarang makluman lanjut berhubung senarai pemegang lesen dan pengendali pasaran yang diiktiraf – sila layari pautan di bawah: